WARNING: this is just a dream.. Not a reality.. Maybe just a pinch of hope or dream?
Ting. Pintu lif buka.
Beberapa langkah, kaki berhenti di hadapan pintu merah.
Hanya apartment yang ada 3 bilik, 2 billik air, dapur, ruang makan dan ruang tamu.
Pintu dibuka. Aroma makanan sedang dimasak.
Televisyen terpasang, kipas laju berpusing.
Dinding bercat merah, sofa hitam dan meja kopi.
Meja makan bulat dialas dengan lapik meja bercorak checker.
Sebatang bunga ros di atasnya.
Terus melangkah ke bilik tidur utama.
Katil bersaiz queen. Cadar hitam, selimut merah. Ala hotel. Langsir merah, bunga hitam di hujungnya.
Labcoat, tudung ditanggalkan, disangkutkan berhampiran cermin.
Meja solek penuh dengan brooch, bedak, produk kecantikan(?), deodorant dan perfume.
Perfume Dolce Gabbana hadiah pemberian emak yang jarang digunakan dan Polo Sport hadiah hari jadinya 3 bulan lepas.
Jam tangan diletakkan sebelah jam tangan hitam yang saiznya sedikit besar. Jam tangan couple.
Koleksi cincin? Masih banyak, hasil koleksi dari umur remaja.
Left Jari manis? Cincin emas yang simple, di bahagian dalam terdapat ukiran "YOURS - *put in the special date, lol ".
Mandi, tukar pakaian- hanya t-shirt hitam dan seluar palazzo ungu.
Rambut basah dibiarkan sendiri. Tidak perlukan hair dryer. At least bukan pada pukul 9.45pm.
Keluar bilik. Ke arah dapur.
Meja makan kini dipenuhi dengan makanan (Western food ke malam ini?) dan set meja (sudu, garpu, pisau, dan gelas).
Seorang lelaki, hanya t-shirt dan kain pelikat.
Tubuh badan tinggi. Bukan lah tinggi 190cm. Maybe 165 atau 170cm?
Kulit tak gelap. Tak terlalu putih. Just nice gituu..
Rambut hitam, pendek kemas. Okay tak kemas sgt, tak pakai minyak rambut. (Again, 9.45pm kot!)
Tangan sibuk mencuci periuk dan alatan dapur kotor.
Langkah menghampiri lelaki tersebut.
Nampak beberapa titisan peluh di lehernya.
Aku tersenyum riang.
Oh awal dia balik? Rajin masak malam ini?
Tangan automatik merangkul pinggang lelaki di hadapan.
Muka diletakkan di belakangnya.
Dia menoleh sedikit.
Tangan penuh baki sabun dicuci bersih.
"Welcome back!" Katanya dengan nada yang lembut, bibir terukir senyuman.
Yup. Senyuman itu. Dimple di pipi kanannya. Antara sebab hati ini cair 3 tahun lepas dan masih cair apabila melihatnya.
Forehead kiss.
"Apa khabar baby papa arini?" katanya sambil mengusap perutku yang sedang memboyot. 3 bulan lagi, rumah ini bakal dipenuhi dengan gelak tawa dan tangisan bayi.
Tersenyum bangga. Lelaki ini, aku punya. Bapa kepada anak kandungan ini.
"And... happy birthday, sayang!" ucap dia sambil senyum.
Another kiss on the cheek. And a romantic bear hug.
Gambar perkahwinan cantik menghiasi dinding ruang makan.
********
Again.. Ini hanya rekaan or at least A DREAM of mine.
Belum ada calon.
Belum ada THAT PERSON yang mampu mencairkan hati.
Hanyalah nukilan di petang yg sejuk, setelah abes presentation yg terlampau panjang dan kelas ganti utk isnin lepas..
Yang penting. Takde EOP..
Bye ANAESTHESIA POSTING.. Hi EM posting 🙈🙈😁😁😁😁
p/s: Mohon maaf ngn bahasa cheesy yg digunakan dia atas.. Aku taip pun sambil cringe... Geli ohhhh terlampau cheesyyyyy ptg ni..
Jom magrib.. Salam.
