About Me

It is only about ME!!!

Wednesday, September 21, 2016

Dreamer Part 5

Salam. 

How are you? I hope you're okay there. Tahu jarang mesej, but you know that i'm there beside you. Always. Eventhough i always pura- pura busy and you are busy, but im here for you. Eventhough i take long~ time to reply ypur messages. Believe me, i have bad relationship with my BB.. I miss you and i know that you know that. Lets go out and hangout, makcik!

Again, nothing much nowadays. Jobless, heartless. Hurmm....

**************
Dreamer Part 5

"Awak, kita pergi tengok movie. Jom! Cerita hantu nak?" kata Yana sambil memandang tepat pada mata Danish. Senyum manis. Minuman Coke di tangan Danish diambil lembut. Straw sama. Air dihirupnya. Itu normal.

Aku memandang wanita atau aku patut panggilnya gadis dihadapanku. Senyum. Meh tunjuk lesung pipit sikit. Aku tahu dia suka senyumanku. Semua orang suka dengan senyuman aku.

"Emm boleh je! Saya dah bayar makanan, awak bayar tiket ye" kataku sambil mengunyah burger ayam. Dia mengangguk setuju.

Setelah habis makan, aku terus bangun menuju ke cinema. Dia terus ikut di belakang.

Mungkin aku jalan laju sangat. Berhenti. Pandang belakang.

"Jom!" ajak aku agar dia berjalan di sebelahku. Berlari anak Yana mengejar aku rupanya. Siapa suruh bawa handbag besar tu, dengan pakai kasut tumit tinggi tu. Mesti dah sakit kaki berjalan hampir 3 jam di shopping mall ini. Tapi tak pula beli apa- apa. Aku turutkan aja kehendak dia di hari minggu ini.

"Awak okay?"
"Yana okay je. Kita pergi tengok movie kay? Nanti Yana nak tengok lagi few things... Tadi tak jumpa"

Aku hanya boleh mengangguk. Kurang pastu kenapa aku setuju nak date dia 1bulan lepas silap 3 minggu yang lepas. Kenapa lahh budak2 kelas suka sangat dia ni? Penat setiap minggu kena keluar date shopping lah, tengok movie lah... Malam- malam dia text lagi. Setiap malam. Aku yang kawan dengan orang lain pun tak de macam tu. Kalau lambat reply, nanti dia call. Hurm. Tengok lah, mana hala tuju hubungan ini.

Dia di sebelah. Berbual macam- macam topik. Aku layankan sahaja. Tapi aku tak rasa apa- apa perasaan istimewa.

Di kaunter tiket- dia pilih movie, dia pilih seat, dia bayar.
Aku tunggu di tepinya. Senyum untuk mengiyakan pilihan dia.

*Phone vibrate
Phone di dalam poket seluar dicapai. Mesej.

WhatsApp Erika: Dannn~~~ I miss you. Jom keluar malam ni!
Aku tersenyum.

"Yana, saya kena reply ni jap. Nanti tunggu kat depan sana ye" bisik aku sambil menuding jari ke arah tempat untuk dia tunggu. Dia mengangguk.

Terus beredar. Ke sudut yang jauh dan tiada orang. Phone di tangan.
WhatsApp. Erika. 
Enter a message... Sure! Jumpa kat kafe biasa at 10pm? Reply aku ringkas. 
What? Weekend kan, so enjoy lah.
Erika is typing...
WhatsApp Erika: okay.. Nanti jumpa😘 say hi to your girlfriend tu ya~~ haha..
Aku tergelak kecil. Girlfriend sampai hari ini je kot. Penat dah. Haha
Just another female friends. Reply aku.

2 jam kemudian- di luar cinema. Menguap aku tengok movie tadi. Kata cerita hantu, tapi hantu macam badut je!

"Yana, jom balik!" 
"Tapi ada nak tengok something else!" pujuk dia.
"Saya ada janji kul 10 nanti. Sekarang dah kul 9 lebih. Kedai nak tutup ni.." 
"Tapi...." katanya dengan perlahan. Tarik muka. Masam. Merajuk.
"Ahh...... Jom balik.. Saya hantar awak balik" kata- kata terakhir sebelum ribut taufan. Terus menuju ke kereta. Kereta meluncur laju di atas jalan yang tengah lebat hujan.

Sampai di hadapan rumah Yana. Masih dalam kereta. 
Jam di dashboard 9.38PM
"Yana..."
"Ye.. Dah sampai rumah" dengar nada suaranya masih merajuk. Tak kisah.
Pusing. Mata memandang tepat ke arahnya. Dia memandang aku semula. 
Puppy eyes. Mungkin mata ini yang buat semua orang sukakan dia. Tapi maaflah not my type.
"Ini kali terakhir kita keluar bersama ye. Saya rasa cukuplah..."
"Huh?" dia nampak terkejut. Again aku tak peduli.
"Yup. Last time. I don't think we can make it... Semua salah saya.. Awak.."

Sob sob. Bunyi tangisan. Air mata dia mula mengalir.
"Yana, awak terlalu baik untuk saya" - ayat drama melayu yang aku tertengok minggu lepas.
"Tapi kenapa Dan tetiba.. nak.. putus... Saya boleh ubahh..." katanya teresak-esak.

Jam di dashboard 10.01PM
*Phone vibrate. Lama. Call.
Yana masih menangis. Merayu.

"Dan, saya sayangkan awak...jangan.."suara Yana tenggelam timbul. Tangannya mula menarik tangan yang setia memegang stereng.

*Phone vibrate lagi.
"Yana, saya kena jawab phone ni" aku terus menjawab panggilan tersebut. Erika.
Ya dia masih menangis teresak- esak.

"Hai! Sorry lambat. Ada hal lagi"
"Belum habis lagi ke movie? Im at the cafe now" suara ceria perempuan di hujung talian. Aku yakin dia dengar. Jelas.
Tangisan itu berhenti. Aku memandang mukanya. Sembam. Masam.
"I need to go. Message you later!" Jawab ringkas dan phone terus disimpan di dalam poket. Sebelum dirampas.

Impending doom.
"Siapa perempuan tu!" Jerit Yana sekuat hati. Expected.
"Yana, I'm sorry. Saya tahu saya salah..." Kataku dipotong dengan segala cacian dan maki hamun. Few foul words. Direct hits with that big handbag! Aucchhh.. Not her fault afterall. Mine.

She left. Pintu kereta dihempas. Dia masuk ke dalam rumah. Dengar bunyi pintu dihempas.

Jam di dashboard 10.35PM
Phone dikeluarkan. Erika. Dail.
"Hello?"
"Dah selesai?" Tanya wanita di hujung talian dengan tenang.
"Dah. Clean end. But messy. You still kat cafe tu ke?" 
"Yup.."
"See you in 10min. Bye"

Yes, I'm a jerk and i know it. Tapi not my fault. Salah perempuan. Wawa. Bukan, Salwa.

****************
Ending part 5.
Hopefully cukup annoying. Guna imaginasi kalau tak cukup.
Hopefully tak jumpa laki macam ini in real life.

Otak serabut. Dah pukul 12.58am. So good nite. Sweet nitemares. Salam

Tuesday, September 13, 2016

Dreamer Part 4

Salam. Baru balik kampung. Tapi jam tangan tertinggal!😭 gigih nau kalau balik semata nak g amek je.
Anak2 kerja nak mandi pool hari2. Penat dan sejuk. Tired.
Btw salam aidiladha🕋

Malas and takde benda menarik nak cerita.

*********

Dreamer Part 4

Kemeja hitam- dah siap gosok!
Seluar jeans- dah jumpa! Seluar itu dicampakkan ke atas katil.

*Phone di tepi bantal vibrate.
Lompat ke atas katil. Ingat trampoline boleh lompat- lompat sesuka hati?! Haha
Phone tersebut dicapai. Mesej tertera di screen.

WhatsApp Mia: Perlu ke kau g date esok?
Besar kecik, besar kecik je mata membaca mesej perempuan ini.

Aku tengah tunggu mesej dari Wawa. Ahh Wawa.. Macam salah saja panggil nama panggilannya setelah bertahun kenal hanya memangilnya Salwa. Sejak bulan Mei, tiba- tiba Wawa mesej suruh panggilnya dengan nama panggilannya sahaja. Pelik. Tetapi aku suka. Hahaha *blushing.

Phone vibrate sekali lagi.
WhatsApp Mia: takyah lah g
WhatsApp Salwa😍: Jumpa awak esok ye. Picnic kat tepi tasik kan?

Hati bergetar. Awak?
Ahhhhh~~~~ *sambil berguling- guling di atas katil single ini.
Malam ini aku mesti tak boleh tidur lahhh!

1.45am. 16 September 2012.

***
6.15 pm. 16 September 2012.
Penat dah duduk kat atas rumput ini.
Mata penat memandang air tasik yang tenang ini.
Panas boleh tahan juga sebab pakai baju hitam kah? Ke sebab aku dah tunggu dari pukul 4.45pm tadi? Entahh...

Phone dicapai.
Notification (5).
Mesej dari celcom (1). Celcom takde kawan.
WhatsApp dari group besar(3). Ahhh hal kelas bukan untuk hari cuti. Budak- budak takde life ke? Huhu.
WhatsApp dari group family (2). Cannot say anything about this. Mesti hantar gambar anak- anak dorang menyanyi atau gambar makanan tengah hari tadi.

No message from her. Dia mainkan aku ke? Ke aku yang salah date and time?
Mesej dari dia dibaca semula. Yup, pasti tempat dan masa betul. Tapi mana Wawa?

Kembali termenung. Ramai jugak orang berjogging hari ini.

Phone vibrate. Lebih lama. Call.
Aku tak nak angkat.
Sudah berhenti vibrate.

Mungkin betul cakap Aizat. Dia kaki gosip yang berjaya. Gosip seluruh kampus dia mesti tahu.
Mungkin Mia tak tipu. Lagipun dia satu course. MBBS. Senior dia. Aku course ekonomi jer.  
Setakat kenal setahun sebab satu kelas semasa Asasi, dan sertai beberapa aktiviti kampus which kebetulan sahaja terjumpa semula semasa pertengahan semester 2, tak pelik kalau aku kena tipu dengan Wawa. Tapi kenapa nak tipu aku?

Phone kembali vibrate. Call.
Phone dicapai. 
Mia.
Jawab. Sepi.

"Mana kau?"
Sepi.
"Dia tak datangkan?"
Hanya mampu mengganguk. Aku tak perlu cakap sebab dia tahu.
"Pusing belakang"
Sepi. Terpaksa menurut perintah.

Dia di situ. Dia Mia. Bukan Wawa.
Mia yang pakai seluar track, sweater loose hitam, tudung hitam, kasut sukan merah.

"Ahhh~~" aku mengeluh panjang. Dia datang dekat, duduk di sebelah.
"Berapa lama tunggu?" Dia bertanya sambil mengikat tali kasut kirinya.
"Lama lah juga. Asal lambat sangat?"
"Jogging. Tak expect jumpa kau kat sini"
"Sejak bila kau jogging? Buang tabiat makcik tua ni!" Kataku agak kasar tapi dia dah biasa.

Kecewa. Bukan tak pernah patah hati tapi tak pula pernah kena tunggu lama untuk di-reject. Hurmm..

"Ikat tali kasut aku yang satu lagi" dia menyuruh sambil memandang ke arah satu arah.
"Ikat sendiri!" Aku terus memandang air tasik yang kini sedang memantulkan cahaya langit senja. Burung- burung pun dah terbang balik ke sarang masing- masing.
"Ikat je!" Katanya dengan lebih tegas sambil menyepak kaki aku.
"Fine gedik!" Kan sudah cakap. Memang kena menurut perintah.
Aku berganjak untuk mengikat tali kasut Mia.
Mia memandang aku. Pelik.

"Dah siap!" Kataku dan bangun dari hujung kakinya. Pandangan aku terhenti memandang sesuatu di belakang Mia.
Bukan sesuatu. Seseorang. 
Bukan seseorang. Sepasang.

Yang pasti, pasangan itu memandang aku. Mungkin memandang kami.

"Danish?" Panggil perempuan itu. Wawa. 
Lelaki itu pandang mukanya. Aneh mungkin perempuan dia memanggil lelaki lain di hadapannya.
Sekejap!
Lelaki itu sangat familiar! Betul ke? Aizat?!

"Bro, this is the time kau kasi sweet revenge. Don't worry, you owe me this time. Big one!" Bisik Mia sambil bangun dari tempat duduknya.
Damn! Dia selalu one step ahead from me! Mati lah nak kena belanja makan lepas ni!
Entah lah rasa kecewa tadi hilang, amarah dan perangai syaitan macam nak terlepas ni! Geram! Boleh kaki gosip yang masuk line aku! Mantap ah!

Senyum sinis.
"Jom Mia!" Aku menarik tangannya! Terus berjalan meninggalkan mereka yang menimbulkan rasa jijik dan geram. 
Laju aku jalan. Tak sedar tangan ini masih menarik Mia.
Crossing zebra. Kereta banyak. Aku berhenti.
Aku memandang sebelah. 

Mia terkesima. Terpegun.
"Okay tak?"
"Yup. Boleh lepas dah wrist aku rasanya!"
Terkebil mata. Terus tangannya dilepaskan. Selamat sweater lengan panjang dan dia tak singsing lengan tu! Wow kalau tak, aku mesti dah kena belasah tadi!

Jalan kosong. Mia melintas jalan dahulu. Aku mengejar dia.

"Sorry!" Tak sangka sebab marah, prinsip tak nak pegang perempuan (and of course dalam agama pun!) aku langgar! Adui.
"Tahu aku kata sweet revenge, tapi sengal ah kau! Grr!" Katanya sambil menjeling.
"Marah ye! Alolo akak senior jangan marah ye!" Kataku dengan nada gurauan. Untuk memujuk!
"Selamat member beza umur setahun! Kalau tak, tolak je kasi kereta langgar tadi! Belanja western malam ni!" Kata Mia dan mula berlari ke arah kolej kediaman.
Tahu dia pantang kalau aku memanggil dia kakak. Katanya beza setahun sahaja, silap haribulan hanya beza berapa bulan je! Hahaha.

***
Esoknya. Dalam group kecil WhatsApp MBBS, gosip mula menyebar. Aku ada boyfriend! Damn!
Pergi kelas, aku jadi bahan gosip!
Pergi lab, sambung dibahan oleh mereka yang tak matang.
Grrr geram dengan siapa yang sebarkan. Mungkin aku patut seksa budak first year Salwa itu! Dia yang nampak. Saksi utama!

Malam- 8.10pm 21 September 2012.
WhatsApp Danish- Jom! Aku kat depan ofis kolej kau!
Reply- Coming!

Dah siap! Tudung bawal brown, t- shirt dan jeans! Beg yang berisi laptop dan sedikit nota untuk dibawa pulang rumah! Konon nak study di rumah pada hari minggu! Nampak lah permainan di situ. Just nak hilangkan guilty je! Hahaha

Berlari anak keluar blok setelah kunci bilik. 
Pejabat kolej. Nampak dah dia tunggu di luar kereta! Baru 5 minit je tunggu! Aishhh...
Jap! Alamak ada geng kaki study group (read kiasu) kat koridor pejabat! Ahh lantak lahh...
Makin laju melangkah!

"Dan! Jom!" Panggil aku dan terus membuka pintu keretanya. Beg diletakkan di seat belakang. Aku terus duduk di seat penumpang depan.

"Oit pergi dating ke Maisarah?! Hahaha!" Gelak kumpulan tersebut.
Damn. Aku bukan famous sangat pun! 

Danish masuk kereta. Enjin dipasang. Aircond and radio dipasang. Kereta mula meluncur. 
Baby red (read kelisa merah aku) masuk bengkel. Dah 3 hari. Selamat rumah masing- masing dekat. Boleh tumpang balik. Dan Danish kena belanja aku makan!

"Maisarah?"
"Diam! Kau punya pasal ah tetiba aku jadi bahan gosip batch!" 
"Maisarah?"
"Mia Maisarah. Nama aku pun tak tahu ke? Grr..."
"Macam kau tahu nama junior tercinta kau ni"
"Danish.." Err aku pun sudah lupa nama penuhnya. Last kali tengok nama penuh masa sekolah asrama dulu. Kena tulis nama penuh untuk denda datang perhimpunan pagi lambat! Haha.
"See? Bising aku tak tahu. Danish Rafie.."

**************
I guess part 4 ni pun xde impak sangat. Just flashback. Nak wat drama menangis tapi takde ilham. Hahaha

Maybe part 5 blh buat bila ada orang lain kacau dorg ni maybe. Hahahaa

Dah lah mengantuk. Nites. Sweet nitemares. Salam