Salam. Baru balik kampung. Tapi jam tangan tertinggal!😭 gigih nau kalau balik semata nak g amek je.
Anak2 kerja nak mandi pool hari2. Penat dan sejuk. Tired.
Btw salam aidiladha🕋
Malas and takde benda menarik nak cerita.
*********
Dreamer Part 4
Kemeja hitam- dah siap gosok!
Seluar jeans- dah jumpa! Seluar itu dicampakkan ke atas katil.
*Phone di tepi bantal vibrate.
Lompat ke atas katil. Ingat trampoline boleh lompat- lompat sesuka hati?! Haha
Phone tersebut dicapai. Mesej tertera di screen.
WhatsApp Mia: Perlu ke kau g date esok?
Besar kecik, besar kecik je mata membaca mesej perempuan ini.
Aku tengah tunggu mesej dari Wawa. Ahh Wawa.. Macam salah saja panggil nama panggilannya setelah bertahun kenal hanya memangilnya Salwa. Sejak bulan Mei, tiba- tiba Wawa mesej suruh panggilnya dengan nama panggilannya sahaja. Pelik. Tetapi aku suka. Hahaha *blushing.
Phone vibrate sekali lagi.
WhatsApp Mia: takyah lah g
WhatsApp Salwa😍: Jumpa awak esok ye. Picnic kat tepi tasik kan?
Hati bergetar. Awak?
Ahhhhh~~~~ *sambil berguling- guling di atas katil single ini.
Malam ini aku mesti tak boleh tidur lahhh!
1.45am. 16 September 2012.
***
6.15 pm. 16 September 2012.
Penat dah duduk kat atas rumput ini.
Mata penat memandang air tasik yang tenang ini.
Panas boleh tahan juga sebab pakai baju hitam kah? Ke sebab aku dah tunggu dari pukul 4.45pm tadi? Entahh...
Phone dicapai.
Notification (5).
Mesej dari celcom (1). Celcom takde kawan.
WhatsApp dari group besar(3). Ahhh hal kelas bukan untuk hari cuti. Budak- budak takde life ke? Huhu.
WhatsApp dari group family (2). Cannot say anything about this. Mesti hantar gambar anak- anak dorang menyanyi atau gambar makanan tengah hari tadi.
No message from her. Dia mainkan aku ke? Ke aku yang salah date and time?
Mesej dari dia dibaca semula. Yup, pasti tempat dan masa betul. Tapi mana Wawa?
Kembali termenung. Ramai jugak orang berjogging hari ini.
Phone vibrate. Lebih lama. Call.
Aku tak nak angkat.
Sudah berhenti vibrate.
Mungkin betul cakap Aizat. Dia kaki gosip yang berjaya. Gosip seluruh kampus dia mesti tahu.
Mungkin Mia tak tipu. Lagipun dia satu course. MBBS. Senior dia. Aku course ekonomi jer.
Setakat kenal setahun sebab satu kelas semasa Asasi, dan sertai beberapa aktiviti kampus which kebetulan sahaja terjumpa semula semasa pertengahan semester 2, tak pelik kalau aku kena tipu dengan Wawa. Tapi kenapa nak tipu aku?
Phone kembali vibrate. Call.
Phone dicapai.
Mia.
Jawab. Sepi.
"Mana kau?"
Sepi.
"Dia tak datangkan?"
Hanya mampu mengganguk. Aku tak perlu cakap sebab dia tahu.
"Pusing belakang"
Sepi. Terpaksa menurut perintah.
Dia di situ. Dia Mia. Bukan Wawa.
Mia yang pakai seluar track, sweater loose hitam, tudung hitam, kasut sukan merah.
"Ahhh~~" aku mengeluh panjang. Dia datang dekat, duduk di sebelah.
"Berapa lama tunggu?" Dia bertanya sambil mengikat tali kasut kirinya.
"Lama lah juga. Asal lambat sangat?"
"Jogging. Tak expect jumpa kau kat sini"
"Sejak bila kau jogging? Buang tabiat makcik tua ni!" Kataku agak kasar tapi dia dah biasa.
Kecewa. Bukan tak pernah patah hati tapi tak pula pernah kena tunggu lama untuk di-reject. Hurmm..
"Ikat tali kasut aku yang satu lagi" dia menyuruh sambil memandang ke arah satu arah.
"Ikat sendiri!" Aku terus memandang air tasik yang kini sedang memantulkan cahaya langit senja. Burung- burung pun dah terbang balik ke sarang masing- masing.
"Ikat je!" Katanya dengan lebih tegas sambil menyepak kaki aku.
"Fine gedik!" Kan sudah cakap. Memang kena menurut perintah.
Aku berganjak untuk mengikat tali kasut Mia.
Mia memandang aku. Pelik.
"Dah siap!" Kataku dan bangun dari hujung kakinya. Pandangan aku terhenti memandang sesuatu di belakang Mia.
Bukan sesuatu. Seseorang.
Bukan seseorang. Sepasang.
Yang pasti, pasangan itu memandang aku. Mungkin memandang kami.
"Danish?" Panggil perempuan itu. Wawa.
Lelaki itu pandang mukanya. Aneh mungkin perempuan dia memanggil lelaki lain di hadapannya.
Sekejap!
Lelaki itu sangat familiar! Betul ke? Aizat?!
"Bro, this is the time kau kasi sweet revenge. Don't worry, you owe me this time. Big one!" Bisik Mia sambil bangun dari tempat duduknya.
Damn! Dia selalu one step ahead from me! Mati lah nak kena belanja makan lepas ni!
Entah lah rasa kecewa tadi hilang, amarah dan perangai syaitan macam nak terlepas ni! Geram! Boleh kaki gosip yang masuk line aku! Mantap ah!
Senyum sinis.
"Jom Mia!" Aku menarik tangannya! Terus berjalan meninggalkan mereka yang menimbulkan rasa jijik dan geram.
Laju aku jalan. Tak sedar tangan ini masih menarik Mia.
Crossing zebra. Kereta banyak. Aku berhenti.
Aku memandang sebelah.
Mia terkesima. Terpegun.
"Okay tak?"
"Yup. Boleh lepas dah wrist aku rasanya!"
Terkebil mata. Terus tangannya dilepaskan. Selamat sweater lengan panjang dan dia tak singsing lengan tu! Wow kalau tak, aku mesti dah kena belasah tadi!
Jalan kosong. Mia melintas jalan dahulu. Aku mengejar dia.
"Sorry!" Tak sangka sebab marah, prinsip tak nak pegang perempuan (and of course dalam agama pun!) aku langgar! Adui.
"Tahu aku kata sweet revenge, tapi sengal ah kau! Grr!" Katanya sambil menjeling.
"Marah ye! Alolo akak senior jangan marah ye!" Kataku dengan nada gurauan. Untuk memujuk!
"Selamat member beza umur setahun! Kalau tak, tolak je kasi kereta langgar tadi! Belanja western malam ni!" Kata Mia dan mula berlari ke arah kolej kediaman.
Tahu dia pantang kalau aku memanggil dia kakak. Katanya beza setahun sahaja, silap haribulan hanya beza berapa bulan je! Hahaha.
***
Esoknya. Dalam group kecil WhatsApp MBBS, gosip mula menyebar. Aku ada boyfriend! Damn!
Pergi kelas, aku jadi bahan gosip!
Pergi lab, sambung dibahan oleh mereka yang tak matang.
Grrr geram dengan siapa yang sebarkan. Mungkin aku patut seksa budak first year Salwa itu! Dia yang nampak. Saksi utama!
Malam- 8.10pm 21 September 2012.
WhatsApp Danish- Jom! Aku kat depan ofis kolej kau!
Reply- Coming!
Dah siap! Tudung bawal brown, t- shirt dan jeans! Beg yang berisi laptop dan sedikit nota untuk dibawa pulang rumah! Konon nak study di rumah pada hari minggu! Nampak lah permainan di situ. Just nak hilangkan guilty je! Hahaha
Berlari anak keluar blok setelah kunci bilik.
Pejabat kolej. Nampak dah dia tunggu di luar kereta! Baru 5 minit je tunggu! Aishhh...
Jap! Alamak ada geng kaki study group (read kiasu) kat koridor pejabat! Ahh lantak lahh...
Makin laju melangkah!
"Dan! Jom!" Panggil aku dan terus membuka pintu keretanya. Beg diletakkan di seat belakang. Aku terus duduk di seat penumpang depan.
"Oit pergi dating ke Maisarah?! Hahaha!" Gelak kumpulan tersebut.
Damn. Aku bukan famous sangat pun!
Danish masuk kereta. Enjin dipasang. Aircond and radio dipasang. Kereta mula meluncur.
Baby red (read kelisa merah aku) masuk bengkel. Dah 3 hari. Selamat rumah masing- masing dekat. Boleh tumpang balik. Dan Danish kena belanja aku makan!
"Maisarah?"
"Diam! Kau punya pasal ah tetiba aku jadi bahan gosip batch!"
"Maisarah?"
"Mia Maisarah. Nama aku pun tak tahu ke? Grr..."
"Macam kau tahu nama junior tercinta kau ni"
"Danish.." Err aku pun sudah lupa nama penuhnya. Last kali tengok nama penuh masa sekolah asrama dulu. Kena tulis nama penuh untuk denda datang perhimpunan pagi lambat! Haha.
"See? Bising aku tak tahu. Danish Rafie.."
**************
I guess part 4 ni pun xde impak sangat. Just flashback. Nak wat drama menangis tapi takde ilham. Hahaha
Maybe part 5 blh buat bila ada orang lain kacau dorg ni maybe. Hahahaa
Dah lah mengantuk. Nites. Sweet nitemares. Salam
No comments:
Post a Comment